Kelas Basikal Berhias Kemerdekaan Ke 62

19 September 2019 | Aktiviti Terkini

Program penutupan hari kemerdekaan ke 62 berlansung pada hari Rabu, 18 Sept 2019. Pelbagai program diadakan antaranya ialah Buku Skrap,Hiasan Pakaian kemerdekaan, Bersyair,Bersajak dan yang paling menarik adalah Basikal Berhias mengikut tema kemerdekaan serta kreativiti masing-masing.

Program berlansung di Sekolah Kebangsaan Sungai Lui, selama 4 jam bermula dari 8 pagi ini dihadiri oleh seramai 68 orang peserta. PI telah menerima jemputan menghias kemerdekaan dan pengadil untuk pertandingan acara Basikal Berhias serta penyampaian hadiah.Program tamat pada pukul 12.00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali